Saturday, October 26, 2013

Wedding DIY Project: Felt.

Salam

Banyak yang mahu saya coretkan tetapi kegembiraan dan minat saya pada Felt membuatkan saya mahu mendedikasikan post kali ini tentang Felt. Insyaallah, di lain lembaran, lain pula ceritanya. :)

Minat saya pada seni Felt semakin tinggi dan saya bercita-cita untuk membawa Felt ini lebih jauh lagi. Pelbagai kajian telah saya lakukan, saya melayari internet dan cuba meuntut ilmu mengenai Felt sebaik mungkin. Alhamdulillah, ada beberapa projek Felt sedang menyusul dan di dalam proses untuk di realisasikan. Insyaallah.

Insyaallah Crafty Mommy akan menyediakan perkhidmatan untuk mendekorasi photobooth atau guestbook corner untuk upacara perkahwinan. Antara hiasan yang kami sediakan ialah Wishing Tree (FREE 100 tags), Guestbook, Pomander Balls, Mr & Mrs Banner, Flower Bouquet, LOVE ornaments, Paper Fan, Paper Lantern, Vintage Decorated Cups dan Doily Paper Lanter. Semua ni akan disediakan mengikut package dan ada juga yang boleh disewa secara individually. Insyaallah, harga sewa yang kami tawarkan akan memudahkan urusan perkahwinan anda. Tidak mencekik darah. Insyaallah! :)

Ini beberapa sneak peek dekorasi yang saya nyatakan. Insyaallah, beberapa gambar lagi akan diupload kemudian.





Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...