Monday, January 9, 2012

Datok Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan

Salam

Alhamdulillah, setelah lama hidup dalam fitnah yang menyakitkan. Dato Seri Anwar Ibrahim di bebaskan hari ini tanpa sebarang pertuduhan. Maka terhentilah segala tuduhan terhadap beliau.

Kalau dilihat dari ikon politik Malaysia, fitnah dan ujian yang diberikan pada beliau mampu melakar sejarah politik negara. Tidak ada ikon pemimpin yang menerima dugaan sehebat ini. Dihina dan dicerca masyarakat pelbagai bangsa melalui pelbagai medium. Kalau dilihat di FB, Twitter dan blog-blog, semuanya memberi nama 'gelaran' yang keji dan mencalar maruah. Malahan, ada di antara mereka menghina hingga tahap tidak takut lagi dosa mencarut dan mencaci maki. Kalau pun mereka percaya dengan tuduhan tersebut, pada saya tidak perlulah dihina hingga ke tahap yang melampau. Menghina orang pun berdosa juga.

Semalam, saya dan suami bersembang-sembang tentang keputusan yang bakal diumumkan mahkamah hari ini. Sayu melihat video Dato Seri Anwar bersama keluarga sehari sebelum keputusan diumukan. Saya membayangkan perasaan isteri dan anak-anak menghadapi ujian sebegini berat. Cekal sungguh hati mereka. Saya menghormati ketegasan dan pendirian Dato Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan masalah sebegini. Semua spekulasi masyarakat yang mengatakan beliau akan melarikan diri ke luar negara merosot. Beliau tetap teguh mempertahankan kebenaran dan maruh beliau. Kata suami, dosa-dosa Anwar di kafarah dengan fitnah dan umpatan keji orang ramai. Dan saya berfikir panjang tentang itu. Malam itu saya melelapkan mata dengan satu debaran.

Bangun pagi ini tanggungjawab sebagai ibu membuatkan saya lupa seketika pada debaran malam tadi. Saya ralit memandikan dan menyusukan Zahra. Panggilan telefon dari mama memberikan khabar gembira. Alhamdulillah, Dato Seri Anwar Ibrahim bebas dari segala tuduhan. Alhamdulillah, Allah bersama-sama orang yang benar. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Dato Seri Anwar Ibrahim
Lambang seorang pejuang.

Perhimpunan 901
Perhimpunan menuntut keadilan untuk Dato Seri Anwar Ibrahim
Wa want Justice for Anwar, Not Anwar for Justice.

Harapannya mahkamah Malaysia akan terus bersikap telus dan adil dalam mengadili mama-mana kes dan tuntutan. Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamnya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...