Wednesday, February 1, 2012

Tambahan Widget

Salam

Beberapa hari ini saya sibuk mengemas kini semua blog yang saya ada. 2 blogshop, Yummy Honey Shop dan Stylish Muslimah Shop dan juga blog peribadi ini. Sebenarnya saya sedikit cemburu melihat blogshop lain yang menggunakan domain blogspot tetapi blognya kelihatan seperti website yang canggih dan professional. Saya tidak bercadang untuk membuat website yang formal untuk Stylish Muslimah Shop tapi saya merasakan Yummy Honey Shop perlu tampil dengan lebih formal untuk memberi keyakinan kepada para pembeli.

Pelbagai usaha saya lakukan untuk menambah ilmu dalam hal ini. Penat dan lelah juga sebenarnya mendalami ilmu yang kita tidak ada asas. Tapi saya tetap bersungguh-sungguh, mahu menggembirakan hati suami dengan mengemas kini 'blogshop'nya supaya nampak lebih baik dan mahu Allah redha tindakan saya ini sebagai usaha mencari ilmu. Saya percaya definisi ilmu itu luas, biarlah apa bidang sekalipun, selagi mana kita mencari ilmu, Allah akan memberi ganjaran untuk kita. Apatah lagi ilmu yang diperolehi digunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat. Dalam kes saya, membantu menambah pendapatan keluarga :) InsyaAllah.

Mata saya seperti mahu juling melihat coding yang banyak dan kelihatan hampir sama. Pening dibuatnya, tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit, nampak juga hasilnya di blog ini. Macam mana dengan perubahan suasana? Saya harap anda tidak merasa serabut dengan perubahan yang saya lakukan. Oh ya, kalau ada yang mahu berkongsi ilmu dan memberikan saya tutorial blog, boleh tinggalkan URL anda di ruangan komen ya. Terima kasih.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...