Sunday, February 12, 2012

Kembali Menjejak Kaki

Salam

Saya telah pun menyambung semula pengajian saya di UIA setelah bercuti merehatkan diri setelah hampir 9 bulan. Bagai mahu pecah dada ketika hari pertama menjejakkan kaki ke UIA. Suami membebel disebelah, menegur sikap gemuruh saya yang melampau dan tidak menentu katanya. Walaupun begitu saya tetap tidak mampu menahan rasa, berdebar sehingga sakit perut saya dibuatnya.

Alhamdulillah, jadual kelas saya kali ini di atur molek Allah SWT. Kebimbangan dan kegusaran saya untuk mendaftar subjek, lega serta merta ketika pendaftaran di waktu add/drop berjalan dengan sangat lancar. Semester ini kelas saya bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari. Moganya waktu lapang selepas itu dapat saya manfaatkan dengan baik. Di isi dengan aktiviti berfaedah sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar yang dedikasi.

Mohon doa yang berpanjangan dari sahabat-sahabat sekalian agar pengajian saya ini dipermudahkan supaya dapat saya mengakhirinya dengan baik disamping menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri, ibu dan pelajar dengan baik. Ya Allah, permudahkanlah!

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen




Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...