Friday, December 16, 2011

Mencuri Masa

Salam

Ada banyak yang mahu saya coretkan tapi masa seperti terlampau pendek. Tidak cukup bagi saya 24 jam sehari. Sudah lewat, jam 4.00 pagi sekarang ini dan saya masih belum melelapkan mata. Saya harus bekerja keras, berharap dengan usaha saya ini Allah akan mendatangkan hasil. Ya Allah, permudahkanlah rezeki ku.

Niat saya mahu istiqamah dalam mencoretkan perkara-perkara yang bermanfaat di blog ini walaupun ada ketikanya saya sering menyelang nyelikan penulisan saya dengan tulisan mengenai kehidupan peribadi. Nampaknya niat itu bagai sedikit tertangguh bila saya mula berkecimpung dengan perniagaan online. Berharap situasi sibuk sebegini hanya bertahan selama 1 atau 2 bulan sahaja. Maklumlah, di peringkat permulaan terlampau banyak perkara yang harus dilakukan supaya perniagaan itu semakin stabil. Harapnya nanti, setelah bersusah payah, saya boleh berehat sedikit. Hanya melayan permintaan pelanggan sahaja. Penambahan produk dilakukan sebulan sekali atau dua bulan sekali. Bukan seperti sekarang, setiap hari saya membuat penambahan produk.

Oh ya, 9/12 yang lepas adalah harijadi suami. Tidak ada apa yang istimewa, kami sekadar berkelah di Taman Tasik Perdana bersama Zahra. Seperti biasa, Zahra memang menikmati jalan-jalan menghirup udara segar. Dia nampak senang dan tenang walaupun kami berdua kurang melayannya kerana ralit menikmati kek. Hehe. hadiah? Saya sebenarnya sudah merancang awal mengenai hadiah yang bakal diberi kepada suami tetapi baru tadi saya menerimanya (tempah online). Alhamdulillah, saya menyukainya. Begitu juga suami.

Couple T Shirt. (Tempah di Ainix Resources)

Hurm, terpaksa mengundurkan diri. Sepatutnya saya tidur sekarang ini tapi tetap berdegil mahu mencoretkan juga sedikit cerita di blog yang sudah lama menyepi. Selamat malam teman, semoga dikunjungi mimpi-mimpi yang indah.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...