Saturday, November 12, 2011

Noda Hitam

Salam

Kebelakangan ini kehidupan menjadikan saya semakin resah dan gelisah. Mungkin kerana saya hamba yang tidak bersyukur. Kehidupan semakin payah, semakin sempit dan terhimpit. Bukan salah sesiapa, salah saya. Mengkufuri nikmat yang ada, sibuk mencari-cari yang di luar genggaman. Semacam mahu menangis dan terus menangis, namun apakah limpahan selautan air mata boleh merubah rupa dan bentuk dataran mehnah? Tentunya tidak, melainkan dengan berkat doa dan kesabaran. Ini sebenarnya yang saya harus usahakan.

Tapi saya sering kali tewas dengean godaan syaitan laknatullah yang tidak pernah putus asa membuat tipu daya. Maka setiap kali saya berdoa, saya amat berharap Allah memakbulkannya sehinggakan bila mana saya diuji dengan ketiadaan rezeki, saya menjadi marah dan kecewa. Marah pada keadaan di sekeliling dan marah pada orang yang berdekatan, yang pada anggapan saya tidak pernah sekali cuba memahami saya.

Akibatnya? Jurang semakin luas dan hati semakin tegar membiarkan marah dan resah menguasai diri. Kalau dulu berdiam diri menimbulkan rasa bersalah, kini hanya menunggu dipujuk dengan niat mendiam diri sehingga esok pagi. Saya tahu syaitan bertepuk tangan melihat sikap saya yang semakin degil dan menyakitkan hati tapi tetap juga nafsu berjaya menaiki takhta. Saya tetap duduk di penjuru katil, memeluk lutut rapat ke dada dengan harapan dapat memanaskan hati saya yang semakin kedinginan.

Dingin tanpa kehangatan kasih sayang.

Ini noda hitam. Noda hitam yang semakin banyak bertampuk dihati saya. Noda hitam yang dalam diam memamah diri saya dari dalam.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. insaf aku bace..aku ponnn!! huhuhuhuuuu..astaghfirrullah alazim...moga allah sentiasa merahmati kehidupan kite wlupn bkn dr segi material tp ckup la skdr bersyukur dgn apa yg kite ada. syukur sgt dlm diuji ALLAH tp DIA xpnh biarkn perut ni kelaparan, syukur sgt bila diuji tp DIA xpernah biarkan kite sndirian,..ya ALLAH sungguh maha pemurah..

    ReplyDelete
  2. Salam

    InsyaAllah, semoga diberi rahmat dalam setiap ujian yang kita hadapi..and semoga kita pun semakin sabar and tabah. Tak banyak membebel.. :p

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...