Friday, October 14, 2011

Merawat Luka Terpendam

Salam

Dari dulu sehingga sekarang, saya dan suami hidup dalam keserdahanaan. Ada masanya kami merasa payah dan susah, dan ada masanya kami merasa tenang dan lapang. Saya tidak mengeluh dengan aturan Allah kerana saya tahu setiap ujian itu datang untuk tujuan mendidik. Malah saya sendiri diberi kuasa untuk mencorakkan pemikiran saya. Mahu menerima setiap ujian sebagai musibah yang memusnah atau hadiah yang membawa rahmah.

Alhamdulillah, segalanya datang berperingkat. Tidak dihumbankan kepada saya secara terus menerus. Allah tentunya tahu tahap keimanan dan kesabaran saya, jika diuji sekaligus tentu saya jatuh terjerumus dalam lembah putus asa. Saya bersyukur, segalannya kian berlalu. Walaupun tiada jaminan yang ujian ini tidak akan berulang lagi, saya tetap bersyukur kerana diberi ruang bernafas untuk seketika.

"...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

Surah Yusuf, Ayat 87

Dalam susah dan resah sebegini, sering saja saya lupa pada nikmat yang sedang saya nikmati. Nikmat rahmat dari Allah melalui senyuman anak yanng menenangkan dan rasa kebahagiaan melalui keprihatinan suami dalam mencukupkan keperluan kami sekeluarga. Terima kasih untuk semuanya, dalam kesempitan yang saya rasa, ada kelapangan yang saya lupa. Maaf andainya dalam masa saya berduka cita saya telah melupakan kalian yang banyak berjasa.

Sampingan:


Abi beli stroller untuk Zahra, lepas ni mudah la Mama dan Abi nak bawa Zahra berjalan-jalan. Zahra pun tak perlu terhenjut-henjut dalam Car Seat yang ditolak dalam trolley. Thanks Abi sebab mencukupkan keperluan kami. Mama and Zahra love Abi sooOooOOoo much!!

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...