Tuesday, June 28, 2011

2 Dunia

Salam

Saya sering di terjah dengan soalan berkaitan Qada’ dan Qadar serta redha dalam rumah tangga di pejabat. Saya tak pasti mengapa. Mungkin kerana penampilan saya, maka mereka menjadikan saya sumber untuk bertanya pendapat sekaligus melupakan jarak umur kami yang jauh berbeza. Saya sebaiknya cuba menjawab setiap kemusykilan dengan secermat mungkin, tidak mahu berat sebelah. Setiap nasihat itu juga saya titipkan dengan keperluan memenuhi tuntutan agama dan apa yang dianjurkan dalam Islam bila menghadapi masalah sedemikian.

Menghadapi situasi begini benar-benar menguji saya dalam kemahiran berkomunikasi. Saya tidak mahu apa yang saya sarankan disalah erti atau pun terasa berat untuk di implimentasi. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan agama. Secara jujurnya, bila melangkah ke dunia ‘luar’ ini, mata saya lebih terbuka luas. Saya lebih nampak ‘dunia’ luar, yang agak jauh daripada peringatan dan suasana beragama. Jika tidak solat, tiada sesiapa akan menegur, kalau memakai skirt pendek ataupun baju yang ketat dan menampakkan ‘lurah’, tidak ada sesiapa yang akan memandang serong, perempuan bebas untuk merokok tanpa segan silu, malahan lebih teruk lagi bila perempuan hidup bersama melawani fitrah dan hidup berkeluarga tidak ada sesiapa yang ambil pusing. Nauzubillahiminzalik, semoga kita semua tidak akan terjerumus dalam kehidupan sebegini. Dan pada mereka yang sudah tergelincir, saya doakan Allah menunjukkan mereka jalan pulang.

Saya masih ingat pada soalan pertama yang diajukan pada saya, soalan yang memberi gambaran umum pada suasana kerja yang perlu saya hadapi. “Maaflah tanya, pakai tudung di Kelantan tu wajib ke?” Saya tergamam seketika, kemudiannya saya menjawab, “Di Kelantan tidaklah diwajibkan pakai tudung tapi dalam Islam memang wajib. Tapi tidaklah perlu labuh seperti saya, cukup sekadar menutup dada dan tidak jarang”. Beberapa minit kemudian barulah saya tahu bahawa kakak tersebut dalam perasaan serba salah kerana dia bakal mendirikan rumah tangga dengan orang Kelantan dan akan hidup di sana. Jadinya dia gusar sama ada akan dipaksa memakai tudung atau tidak bila berpindah ke Kelantan nanti. Saya senyum, kemudiannya saya membalas kebimbangan beliau dengan memberikan saranan ringan. Yang saya rasakan wajar bagi mereka yang baru bermula. “Kalau tudung itu boleh memberikan kebahagiaan rumah tangga, menjadikan ibu mertua bertambah sayang dan di hormati di kalangan ipar duai, apa salahnya. Lagipun bila disuruh melakukan benda baik begitu, sudah membuktikan yang akak mempunyai bakal suami yang bertanggungjawab. Tidak perlu tudung labuh, tudung biasa pun sudah cukup.” Saya melihat dia berpuas hati dengan jawapan saya walaupun keesokkan harinya dia masih belum bertudung.

Saya tidak kecewa. Kata suami, bila kita mengajak kepada sesuatu kebaikkan kita tidak harus terus mengharapkan perubahan. Itu semua terletak di tangan Allah dan kita seharusnya mendoakan agar seseorang itu berubah. Seperti mencari rezeki. Kita tidak mewajibkan ke atas Allah agar mengurniakan rezeki setimpal dengan usaha kita. Kita berusaha dan kemudiannya tawakal. Jika tidak dikurnia rezeki dalam bentuk keewangan mungkin akan dikurniakan rezeki dalam bentuk lain, kesihatan tubuh badan, siapa tahu. Kalau ada yang berhujah bahawa nasihat saya itu tidak menganjurkan perbuatan yang berasakan niat kerana Allah, saya punya sebab yang tersendiri. Memetik komentar Imam Az Zahbi ketika mengulas kata-kata Hisyam Ad Dastuwai ‘Sesungguhnya aku tidak pernah sekali pun pergi menuntut ilmu hadis dalam mengharapkan keredhaan Allah’. Ulas Imam Az Zahbi ‘Satu golongan lagi yang menuntut ilmu pada mulanya bukan kerana Allah. Mereka mendapatkannya dan menjadi hebat. Kemudian mereka memuhasabah diri mereka. Maka ilmu mengheret diri mereka kepada keikhlasan di pertengahan jalan’. Ini yang saya harapkan berlaku pada mereka, biarlah pada awalnya mereka memakai tudung kerana mahu mengambil hati mertua tetapi lama kelamaan, perasaan malu mendekati diri mereka tatkala mahu menanggalkan tudung. Lama kelamaan mereka melakukannya kerana Allah, biar pun berjauhan dari keluarga mertua.

Hari-hari seterusnya saya diterjah dengan soalan-soalan yang lebih serius. Adakalanya berfikir juga saya mahu menjawab kerana bukan semua di antara mereka yang bertanya untuk mendapatkan jawapan, ada juga yang bertanya dengan niat mahu bersoal jawab. Tatkala keadaan menjadi terlalu emosi, saya merasakan diam itu lebih baik. Saya tidak mahu kerana mahu menegakkan hujah, kami bergaduh sesama sendiri. Lagipun ketika itu, kalau hebat bagaimana pun hujah saya, tentu sahaja tidak di dengari kerana hati sedang di saluti rasa marah dan telinga hanya mendengar untuk tujuan berhujah, bukan untuk muhasabah.

Tiada lain yang saya harapkan dari Allah selain di datangkan ilham dalam menjawab soala-soalan mereka. Baik dari segi ilmu mahupun dari segi skill dalam melembutkan hati mereka. Semoga apa yang saya tuturkan tidak bercanggah dengan kepentingan agama dan semoga Allah membuka hati mereka, ke arah yang lebih baik. Ameen.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

p/s: Abang, saya ambil petikan dari blog abang sebagai hujah. Boleh kan? (^_^)


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. mie rasa mie pernah cerita kat kak rab dulukan..betapa bezanya dunia luar..kita dak uia ni akan rasa lain...

    saya rindu environmnt uia..T_T

    ReplyDelete
  2. Salam

    Mmg Mie ada cter...and akak percaya cter Mie tue..
    Tapi bila terkena batang hidung sendiri...
    Tetap terasa kejutannya..huhu
    Moga kita kalo dh kuar UIA nnt tetap dgn pendirian...
    Tak terjerumus ke lembah yang sebegitu kan..

    Akak pun miss UIA...skang praktikal, nnt deliver baby study leave plak.. Hampir setahun jgak la tak jenguk UIA... T_T

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...