Sunday, August 22, 2010

Menyinsing Bahagia

Salam

Dua tiga hari ini cuaca agak mendung dan sesekali hujan turun membasahi bumi. Saya leka mendengar tiupan angin yang kedengaran kasar, bagai merengus marah. Tentu ada yang tidak kena di matanya, melihat manusia leka seperti saya mungkin. Apa memilih antara derita dan sengsara ada jalan mudahnya? Hati saya berkira-kita, memilih antara dua jalan yang menyakitkan. Sakit atau perit, keputusan ini perlu, tiada lagi ber'nanti-nanti'. Mungkin terkenan dengan keadaan cuaca yang agak kemurungan, saya asyik melayan kesedihan hati. Alhamdulillah, pelukan suami sentiasa melegakan tetapi luka kali ini tidak mudah disembuhkan.

Tatkala mathari semakin menyinsing, duduk bersimpuh di ufuk barat, semakin kesedihan itu dirasai. Waktunya sudah semakin hampir, sengaja saya melewatkan perpisahan itu namun tiada beda. Sedih berpisah atau jerih hidup bersama, keduanya tidak menyelesakan sesiapa. Makanya perpisahan menjadi pilihan, terbaik untuk semua keadaan. Saya teringin sekali menghuraikan semuanya, mencerakinkan agar mudah difahami. Seperti formula matematik tambahan yang mengelirukan, bila dipecah-pecah menjadi mudah, baru boleh diselesaikan sendiri. Tapi permasalahan kali ini terlampau sulit untuk dibuka gebarnya. Biarlah teka teki jadi hipotesis.

Mendungnya awan tetap kelihatan walau malam jelasnya hitam pekat. Tidak ada satu bintang pun yang berani tampil menumpahkan cahaya. Senyap dan menyendiri, bersembunyi di balik awan yang kelam. Berbuka puasa dengan suasana yang syahdu, hati bagai di cucuk sembilu mendengarkan kata-kata setajam belati menusuk hinga ke dasar hati. Air mata tumpah lagi, untuk yang entah ke berapa kali. Sebak atau sebal, luka atau merana, semuanya jadi satu, saya ke bilik bertemu dengan suami, bersama dengan keputusan yang selama ini memberatkan hati. Bisu bersama dengan renungan penuh kasih, dahi saya dikucup lembut. Saya tahu, lelaki yang bersama sekeping hati yang suci ini sentiasa menyajikan cinta bersulam setia buat saya. Peralahan-lahan dia berbisik, 'InsyaAllah, paling lambat selepas Ramadhan selesailah semuanya'.

Suami saya menghilang dari pandangan mata, perlu mengimani terawih di Ukay Perdana.Tinggal saya yang seperti hari-hari yang sebelumnya, menanti bersama rasa rindu dan cinta. Saya berhitung-hitung, hari ini Ramadhan ke-12. Saki baki hari yang perlu saya hargai. Semoga keputusan ini memulihkan segalanya. Saya mahukan kebaikkan, bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk semua yang saya cintai. Biarlah antara kabur dan buram, saya tetap mahukan semuanya menjamah kebahagiaan. Biarlah nanti rawan dan masyghul memberi ketenangan dan menagih perjumpaan. InsyaAllah.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaahNya





Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

6 comments:

  1. sabar...tak byk yg saya boleh ckp...
    biarpun ckp,mungkin masih tak melegakan hati....
    tp ape2 pun,sy ttp sygkn kakak...
    maaf tuk sume slh slp...
    sy cuma rs ada tggjwb utk bgtau tu...
    tp xpnah terniat utk melukakn kakak...

    ReplyDelete
  2. bahasa awak ni makin lama makin payah nak paham..huhu..
    apa kenanye awak...

    ReplyDelete
  3. To Heart

    Bukan meminta pengiktirafan..
    Cukuplah sekadar pemahaman...
    Bukan meminta mengalihkan beban..
    Cukuplah sekadar jangan mengambil ringan..

    To Alang Atie

    Oh, x tahu plak awk bc lagi...
    Kalo sye tahu...sye akan simplekan ckit bhs dia..hehehe ;p

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, ini kak azma, kawan kak anis wizana. Semoga Nabila sihat...kak azma doakan kalian tabah dan redha. Insya Allah, sihat dan pulih walaupun kak azma tak tahu apa sakit nabila.

    Selamat pengantin baru dan salam ramadhan... Moga barakah ramadhan ini, Nabila sihat dan ceria kembali. Amenn.

    ReplyDelete
  5. To ~albazrah~

    W'slm..
    Kak Azma...sye mintak maaf. Seingat sye, sye tak mengenali Kak Anis Wizana.Kalo tak salah la, maaf sekali lagi kalau saya terlepas pandang.

    Saya ikut blog Kak Azma ni secara kebetulan je. Sye terbaca blog seorang isteri yang tinggal di perantauan so sye rs menarik. Sbb tue ikut. Bla sye kahwin, suami saya bgtahu yang Kak Azma ni, isteri kwn dia-Nizam.

    Terima kasih ats doa Kak Azma. Semoga Allah membls kebaikkan Kak Azma sekeluarga. InsyaAllah, keberkatan Ramadhan itu ada. Semoga hujungnya menyentuh kita semua.. :)

    ReplyDelete
  6. To ~albazrah~

    Alamak...maaf banyak2..betul2 terlepas pandang..
    Asyik terfikirkan tentang sahabat handai, terlupa pula itu nama kakak ipar saya.
    Astaghfirullah...
    Maaf.....

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...