Friday, August 20, 2010

Mehnah Bersulam Tabah

Salam

Mungkin ini ujian untuk saya dan suami. Diuji ketabahan hati dengan keadaan kesihatan tubuh badan. Bukan mahu bercerita tentang sakit saya yang masih pada tahap yang sama. Tiada perubahan mahupun peningkatan. Saya sudah mula rasa selesa dengan sakit yang menyengat, hinggakan tertunggu-tunggu bila masanya ia akan menyerang. Tapi tentang suami, yang sedang galak diuji.

Hari ini, sudah dua hari suami saya terlantar demam. Suhu badannya meningkat secara mendadak. Yang lebih membimbangkan saya ialah rasa sengal-sengal dan sakit kepala yang terlampau yang di alaminya. Antibiotik dan Paracetamol yang diberikan doktor mengurangkan suhu badannya untuk seketika. Beberapa jam kemudian, suhu kembali meningkat dan dia sekali lagi mengerang kesakitan.

Kalau biasanya dia membawa Jus Mangga ke bilik, kali ini saya pula yang membawa Jus Oren ke bilik. Badannya yang sangat lemah menyukarkan keadaan, semalam saya melihat dia menyempurnakan ibadat dalam keadaan duduk. Hati saya sayu, sedih melihat sakit yang menimpa. Mungkin ini demam biasa, tapi inilah kali pertama saya melihat dia lemah dan tidak bertenaga. Kebiasaannya dia lah pemberi kekuatan dan penyuntik semangat buat saya tatkala menghidapi sakit.

Saya baring, memeluk tubuhnya yang sentiasa mahu saya dekat, mahu merasai kehadiran saya. Ada ketika saya menarik meja kecil supaya hampir dengan katil, mahu mengulangkaji sambil menemaninya. Malam ini ada peperiksaan yang akan saya hadapi. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Ada ketika saya mendengar bibirnya berbisik perlahan, "Allah, Allah, Allah" berulang-ulang kali. Dahinya berkerut-kerut, mungkin sakit kepala. Sampai masa dia akan meminta saya melakukan itu dan ini, mengurut, menuangkan minuman mahupun membasahkan tubuhnya dengan air. Tidak tahan dengan rasa panas yang membahang. Saya turuti kemahuannya. Sesungguhnya tubuh yang lemah itu, banyak memberi kebahagiaan buat saya di waktu dia sihat dan bertenaga.

Kehidupan alam perkahwinan penuh dengan cabaran, tidak ubah seperti amaran-amaran (memang amaran, bukan saranan atau nasihat) teman seperjuangan. Saya tidak pernah lupa dengan kata-kata pemberi semangat melalui ancaman dan hinaan tapi satu yang perlu saya ingatkan. Kawan-kawan, melambatkan perkahwinan tidak akan mengurangkan rasa susah di alam rumahtangga kalian nanti, sikit pun tidak. Kalian tetap akan merasa susah, tapi mungkin dengan kesusahan yang berlainan. Satu yang kalian harus ingat, tiada kesusahan yang sia-sia, dibelakangnya sentiasa ada bahagia. InsyaAllah, saya sekali-kali tidak akan memusuhi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga.

Mungkin bukan 2/3 tahun yang akan datang, kalian tetap akan mengharungi alam ini. Seperti yang kalian canangkan alam penuh dengan cabaran dan dugaan, pesanan saya, jangan mudah menolak mehnah kerana bersamanya ada didikan tabah dan rasa indah. Mehnah inilah yang membentuk peribadi dan mencantikkan hati. Malahan, apa yang saya hadapi menjelang hari bahagia, menjadi sumber kekuatan saya dan suami. Kata-kata bantahan, ancaman dan larangan dengan alasan yang bukan-bukan dan penuh penyindiran mengingatkan kami tentang kebahagiaan yang kami kecapi, tentang bahagia yang Allah janji. Alhamdulillah, bak laman blog seorang sahabat, Mehnah Bersulam Tabah, bahagia pasti menjengah.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaahNya.

p/s 1: Wawa, Kak Nabila pinjam tajuk blog ya.. :)

p/s 2: Blog saya dah menjadi seperti blog penyakit pula. 2/3 entri, sakit saja ceritanya. Alahai.... ;p

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

5 comments:

  1. Bismillah.
    Syafakumullah ukhty..
    moga Allah beri kesembuhan buat suami dan dirimu..
    slmt brpuasa dn slmt mnghayati berkah Ramadhan mulia ini. (=

    ReplyDelete
  2. smga sakit itu mendapat penawar yg manis...
    sesungguhnya sakit itu penghapus dosa....
    Love...

    ReplyDelete
  3. To زهرة حلوة

    InsyaAllah...terima kasih ats doa...
    Semoga Ranadhan kali ini dtg penuh keberkatan utk kter semua...
    Dan semoga perianya ia bukan dengan kelalaian kita.. Ameen.. :)

    To Heart

    InsyaAllah.... Setiap kejadian ada hikmahnya...
    Seiap kesusahan ada kebahagiannya.. :)

    ReplyDelete
  4. salam...
    akak antara org2 yg Allah syg...
    sbb tu diberi ujian begini...
    insyaAllah mehnah ini dpt mjadi pengubat dosa...
    salam ramadhan..(^__^)

    ReplyDelete
  5. To Ezzaty Saadah

    W'slm..
    InsyaAllah....
    Harapnyer keberkatan Ramadhan ini membawa sedikit kemudahan utk kita semua dlm menempuh hr yang mendatang...
    Harapnya Zaty menempuh hari kemuliaan ini dengan kebahagiaan.. :)

    Salam Ramadhan.. (^_-)

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...