Friday, May 7, 2010

Undangan Walimatul Urus

Salam.





















Alhamdulilah. Setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan buat Yang Maha Kaya dan Yang Maha Luas rahmatnya. Terima kasih Allah di atas kebahagiaan yang dikurniakan. Setelah lama menanti saat bertukar minit, minit bertukar jam, jam menjadi hari dan hari menjadi bulan. Akhirnya doa kami termakbul. Dalam payah dan gelisah, resah dan susah, Allah hadiahkan kami peluang untuk mendirikan baitul Muslim. Harapnya ia tidak tinggal hanya pada nama. Moga institiusi itu sendiri berdiri teguh, penuh dengan rahmah dan mawaddah.

Saya mohon doa para sahabat agar perkahwinan yang dibina ini kekal buat selamanya hingga ke syurga, melahirkan para pejuang Islam dan tidak menghalang atau mengugurkan sesiapa di medan dakwah. Mungkin kedengarannya sangat sempurna atau terlampau mustahil untuk di gapai. Tapi saya percaya, doa itu mampu mengubah takdir dan siapa lagi yang lebih berkuasa selain Allah SWT. Dialah penentu segala-galanya.

Usia perkenalan yang tidak sampai setahun jagung ini harapnya akan berkekalan sampai bila-bila. Saya menjemput para sahabat ke majlis ini bagi meraikan dan merapatkan silaturrahim yang telah kita bina. Moga dengan kehadiran semua ke majlis yang serdahana ini, bertambah berkat segalanya. Semoga setiap langkah yang di ambil menjadi ibadah buat kalian kerana menggembirakan hati saudara sesama Muslimnya dan kerana memenuhi undangan.

Terima Kasih.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...