Wednesday, May 5, 2010

Ilham Kurniaan Illahi

Salam.

Bila ada masa terluang, selalunya memang saya gunakan untuk menulis. Macam-macam yang saya coretkan, kadang-kadang cerpen, kadang-kadang sajak atau puisi dan kadang-kadang bila ilham itu datang menjengah, saya akan menulis novel. Buat masa ini kesemuanya sebagai simpanan sendiri. Ada juga teman-teman menyarankan saya untuk menghantar karya-karya saya ke publisher. Mungkin belum masanya, saya masih belum sedia. Terasa masih terlalu mentah, banyak yang perlu saya perbaiki. Lagipun selama ini saya merasakan penulisan saya hanyalah untuk bacaan sendiri. Belum cukup baik untuk menjadi tatapan orang lain.

Aku berdiri dalam ruang rindu yang kau cipta.
Sepi tanpa sebarang bunyi.
Hitam dan kelam tanpa kehadiran cahaya.
Jiwa rasa resah dan gelisah,
Terkurung dengan rasa rindu yang sayu.
Lidah kelu mengungkap bicara
Menghimpit resah yang tidak jemu menjengah.
Rasa payah melangkah merentasi sempadan harapan.
Angan terus menghulurkan tali impian namun kegelapan menelan pandangan.
Rakus kelaparan tidak meninggalkan ruang untuk aku menghampar sandaran.
Keseorangan di ruang rindu ini mengajar aku menjadi insan bersalut tabah.

Aku melangkah gagah
Merempuh dinding besi dugaan dan fitnah.

Namun wanita umpama botol-botol kaca yang mudah pecah.

Sesekali kau hadir merentap pakaian tabah tanpa sebarang belas
Membiarkan kesejukkan meratah tubuh rindu tanpa sebarang balutan cinta.

Jatuh berderai ke lantai,meninggalkan serpihan halus yang melukakan.

Mustahil untuk dicantumkan namun tetap saja ku kutip serpihan itu menjadi sekalung cinta yang bermanikkan duka.

Pedih dan perit merantai sanubari namun indah menjadi sinar pakaian bidadari.

Bisu tanpa berbicara merantai aku dengan besi setia tanpa di pinta.

Aku menepis panahan cinta yang cuba menembusi tubuhku.

Mungkin mereka alpa,aku tidak punya apa yang mereka cari.

Hati ini telah lama pergi.

Meninggalkan jasad yang masih menanti laungan bahagia di hujung dunia.
Cinta ini ku rasakan jauh.

Rindu ini ku rasakan sarat.

Sungguh pun dunia ini sederhana kecilnya namun kau tegar menyendiri di pekan sepi.

Membiarkan aku ternanti-nanti di kota bahagia.

Ku terbangkan merpati putih menghantar utusan bertinta sutera agar ia lembut menyapa dirimu.

Bersama tiupan angin bayu yang diapit bisikan cinta dendangan buluh perindu.

Semoga cinta ini bertapak di hatimu,meninggalkan rasa kurniaan Illahi yang pertama kali aku rasai.


Sewaktu di bangku sekolah, ramai teman yang meminta saya menitipkan sesuatu untuk mereka. Secara amnya, kebanyakkan titipan itu adalah luahan perasaan. Ada yang untuk diberikan kepada insan istimewa, ada juga untuk simpanan sendiri. Saya memang gembira bila khidmat saya diperlukan. Terasa seperti mempunya syarikat Consultant pada waktu itu. Hehehe ;p

Pernah sekali saya dan seorang rakan berbangsa cina, Jennifer Soh Li Wen (dia sangat meminati bahasa Melayu) bercita-cita untuk membuka syarikat publisher kami sendiri. Sehingga sekarang saya masih mahu merealisasikan cita-cita itu. Bila ditanya pada Jennifer, dia juga mahukan impian itu jadi kenyataan. InsyaAllah, kalau murah rezeki dan tidak ada aral melintang, Never End Ilham Publisher akan jadi satu kenyataan.

Bila menjejakkan kaki ke IIUM, sya bertemu dengan seorang rakan yang tidak kurang hebatnya. Saya meminati cara beliau meluahkan rasa dan mencoretkan kata. Halus dan seni. Mungkin satu hari nanti saya boleh menjemputnya menjadi salah seorang daripada penulis di syarikat saya. InsyaAllah.

Apa-apa pun, saya merancang, Allah juga merancang. Dan sudah tentu Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya akan berusaha, hasilnya terletak di tangan Yang Maha Esa. Yang tahu segalanya.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. Nabila syg,

    boleh ke kalau saya mintak awak tuliskan puisi atau sajak untuk saya? =D

    ReplyDelete
  2. Salam

    Hehehe...ya Shira sayang...
    Nak tulis puisi or sajak tentang apa...
    Saya akan usahakan then hantar kad awk sbgi draft..
    Nt awk edit la... ;p

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...